Ali Abdullah Saleh
Ali Abdullah Saleh | |
---|---|
Presiden Yaman | |
Dalam jawatan 22 Mei 1990 – 23 Disember 2011 | |
Presiden | Abd al-Rab Mansur al-Hadi |
Perdana Menteri | Haidar Abu Bakr al-Attas Muhammad Said al-Attar Abdul Aziz Abdul Ghani Faraj Said Bin Ghanem Abdul Karim al-Iryani Abdul Qadir Bajamal Ali Muhammad Mujawar |
Didahului oleh | Diri sendiri (Yaman Utara) Haidar Abu Bakr al-Attas (Yaman Selatan) |
Digantikan oleh | Abd al-Rab Mansur al-Hadi (Pemangku) |
Presiden Yaman Utara | |
Dalam jawatan 18 Julai 1978 – 22 Mei 1990 | |
Perdana Menteri | Abdul Aziz Abdul Ghani Abdul Karim al-Iryani Abdul Aziz Abdul Ghani |
Didahului oleh | Abdul Karim Abdullah al-Arashi |
Digantikan oleh | Diri sendiri (Yaman) |
Naib Presiden | |
Dalam jawatan 24 Jun 1978 – 18 Julai 1978 | |
Presiden | Abdul Karim Abdullah al-Arashi |
Didahului oleh | Abdul Karim Abdullah al-Arashi |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | [1] Rumah Al-Ahmar, Yaman Utara (kini di Yaman)[2] | 21 Mac 1942
Mati | 4 Disember 2017 Sana'a, Yemen | (umur 75)
Parti politik | Kongres Rakyat Am |
Pasangan | Asama |
Ali Abdullah Saleh (Arab: علي عبدالله صالح ; lahir 21 Mac 1942[1][2][3][4]) adalah Presiden pertama Republik Yaman. Sebelum ini beliau merupakan Presiden Republik Arab Yaman (Yaman Utara) daripada 1978 hingga 1990, dan selepas itu telah menjadi presiden kedua negeri Yaman yang disatukan.[5]
Pada 2 Februari 2011, menghadapi bantahan meluas, Saleh mengumumkan yang beliau akan meletak jawatan pada 2013, apabila penggalnya tamat.[6] Pada 23 April pula, beliau mengumumkan sedia melangkah turun sebagai balasan kekebalan daripada pendakwaan jenayah.[7][8] Seterusnya pada 18 Mei, beliau bersetuju menandatangani perjanjian dengan kumpulan pembangkang, menetapkan yang beliau akan berundur dalam masa sebulan;[9] bagaimanapun, beliau kemudian menarik balik tawaran itu.[10]
Pada 3 Jun, Saleh cedera dalam serangan RPG ke atas istananya, yang turut membunuh 4 pengawal dan mencederakan perdana menteri dan timbalannya, serta gabenor Sanaa. Saleh mengalami lecur dan kecederaan serpihan, namun masih mampu mengutuk serangan tersebut dalam pesanan audio yang disiarkan media kerajaan. Keesokan harinya beliau dibawa ke hospital tentera di Riyadh, Arab Saudi untuk rawatan.[11] Abd al-Rab Mansur al-Hadi dilantik sebagai pemangku.[12]
Pada 23 November 2011,Beliau akhirnya bersetuju untuk meletak jawatan,selepas menandatangani perjanjian pemindahan kuasa di Riyadh,Arab Saudi,dan beliau secara rasminya akan melepaskan jawatan tersebut sebulan selepas perjanjian tersebut ditandatangani,dan seterusnya membawa kepada penubuhan kerajaan sementara.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "President Ali Abdullah Saleh Web Site". Presidentsaleh.gov.ye. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-19. Dicapai pada 18 November 2010.
- ^ a b c "YEMEN – Ali Abdullah Saleh Al-Ahmar". APS Review Downstream Trends. 26 Jun 2006. Dicapai pada 7 April 2011.
- ^ The Hutchinson encyclopedia of modern political biography. Helicon. 1999. 378. ISBN 9781859862735. Dicapai pada 14 Mac 2011.
- ^ Encyclopedia of World Biography. Thomson Gale. 2005–06. Dicapai pada 7 April 2011. Check date values in:
|year=
(bantuan) - ^ Paul Dresch (2000). A History of Modern Yemen. Cambridge: Cambridge University Press. 184. ISBN 0-521-79482-X.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamawsj2011
- ^ "Yemen's President Saleh agrees to step down in return for immunity". Washington Post. Dicapai pada 23 April 2011.
- ^ Yemen President defiant over exit BBC News, 24 April 2011
- ^ YEMEN: Deal outlined for President Ali Abdullah Saleh to leave within a month Los Angeles Times, 18 Mei 2011
- ^ Yemen: President Saleh Fails To Sign Deal For Him To Leave Office After 33 Years Sky News, 23 Mei 2011
- ^ Wounded Yemeni president in Saudi Arabia Al Jazeera English
- ^ Al-Hadi acting President of Yemen Al Jazeera Blogs